Monday, August 9, 2010

Sunan Drajat

Sunan Drajat bernama Syarifudin, seorang putra darr Sunan Ampel. Beliau aktif menyebarkan agama Islam didaerah JATIM. Sebagai seorang pemimpin yang menyebarkan agama Islam, beliau berjiwa sosial, tidak segan-segan memberikan pertolongan terhadap kesengsaraan umum, membantu anak yatim piatu, orang sakit, fakir miskin dan lain-lain.
Beliau selalu menganjurkan kepada kaumnya agar suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya. Agama Islam tidak membenarkan adanya individualisme dan egoisme (hidup yang selalu mementingkan dirinya sendiri), melainkan yang selalu diajarkannya ialah hidup dalam kerukunan, gotong royong, tolong menolong, hidup dalam persaudaraan. Begitulah yang telah dipraktikkan oleh Sunan Drajat semasa hidupnya.

Thursday, August 5, 2010

Sunan Giri

Sunan Giri dikenal juga dengan nama Raden Paku Satmata atau Sultan Abdul Faqih bertempat tinggal di Gresik. Beliau putra darr Maulana Ishak yang pernah ditugaskan berdakwah di Blambangan oleh Sunan Ampel.Sunan Giri ditinggalkan oleh orang tuanya dan diasuh oleh seorang janda kaya yang bernama Nyai Agung Maloka atau Nyai Ageng Tandes.
Oleh Nyai Ageng Tandes,Raden Paku disekolahkan ke Ampel berguru kepada Raden Rahmat(sunan Ampel). Selama dalam masa belajar beliau dikurniakan akal yang luar biasa cerdasnya, sehingga mendapat ilmu laduni. Karena itulah,oleh guru-gurunya di Pasai beliau diberi gelar nama "AINUL YAQIN".
Setelah cukup ilmunya beliau pulang mendirikan Popes di Giri dimana murid-muridnya belajar. untuk berdakwah beliau sering mengirimkan utusan (mission secret) keluar Jawa yang kepada para pelajar, saudagar, dan kaum nelayan. Tidak hanya itu saja, beliau juga aktif membantu kemajuan kerajaan Islam di Demak. segala soal yang penting senantiasa meminta pertimbangan dan keputusan Sunan Giri.
Sebagai seorang Wali yang dihormati dan disegani. Cara penyebaran agama Islam yang dilakukannya melalui nyanyian-nyanyian jawa dan permainan kanak-kanak. Hal ini dimaksudkan agar lebih mudah diterima oleh masyarakat dan anak remaja.
Diantara nyanyian dan permainan kanak-kanak hasil ciptaannya ialah "ILIR-ILIR" dan "JITUNGAN ATAU JELUNGAN". Beliau wafat dimakamkan diatas bukit Giri (Gresik).

Sunday, August 1, 2010

Sunan Bonang

Nama Sunan Bonang adalah R. Maulana Malik Ibrahim, seorang putra dari Sunan Ampel. Sunan Bonang lahir th 1465 M dan wafat pd th 1525 M. Beliau semasa hidupnya giat sekali menyebarkan agama Islam didaerah Jawa Timur terutama didaerah Tuban dan sekitarnya.
Di Tuban beliau mendirikan Pondok Pesantren tempat mendidik serta mencetak kader-kader Islam yang akan ikut menyiarkan agama Islam keseluruh tanah Jawa.
Beliau menciptakan gending Dharma dan nama-nama dewa Hindu digantinya dengan nama-nama Malaikat serta Nabi.
Hal ini dimaksudkan untuk lebih mendekatkan hati rakyat guna diajak masuk Islam. Beliau tiddk hanya berdakwah di daerah Tuban dan sekitarnya, tetapi juga ikut aktif membantu berdirinya kerajaan Islam yang berpusat di Demak dan ikut pula mendirikan Masjid Agung Demak.

Sunan Ampel

Nama Sunan Ampel adalah R. Rahmat, dilahirkan kira-kira tahun 1401 M di Champa, putra Raja Champa. R.Rahmat aktif memperjuangkan agama Islam di Jawa serta disekitar daerah Ampeldenta di Surabaya.

Beliau mendidik para pemuda Islam pondok pesantren di Ampeldenta sebagai kader yg militan untuk kemudahan disebarkan pelbagai tempat diseluruh pulau jawa.

Banyak kader-kader beliau yg menjadi pemimpin dan pejuang agama diantarannya:
a. Raden Paku yang terkenal dengan sebutan Sunan Giri, juga anggota Wali Songo
b. R. Fatah, Sultan pertama kerajaan Islam di Demak.
c. R. Makdum Ibrahim terkenal dengan nama Sunan Bonang.
d. Syarifuddin terkenal dengan sebutan Sunan Drajat anggota Wali Songo.
e. Maulana Ishak yg ditugaskan berdakwah di Blambangan dan lain-lain.

R. Rahmat seorang wali yang menjadd perencana berdirinya kerajaan Islam di Demak serta yang mengangkat R. Fatah menjadi Sultan.

Beliau juga ikut mendirikan masjid agung demak yg dibangun kira-kira th 1479 M.