Sunday, May 23, 2010

Sunan Malik Ibrahim

Maulana Malik Ibrahim adalah keturunan ke-11 dari Husain Bin ali. Beliau dikenali sebagai Sunan Gresik, Syeikh Maghribi atau Makhdum As-Samarqandy. Beliau dilahirkan Di Samarkand Di Asia Tengah, pada awal abad ke-14.
Malik Ibrahim pada umumnya dianggap sebagai Wali pertama yang mendakwah islam di Jawa. Beliau telah mengajarkan pelbagai cara benda baru seperti bercucuk tanam dan ia banyak mempengaruhi rakyat kebanyakkannya, iaitu golongan masyarakat Jawa yang disisihkan oleh kekuasaan Majapahit. Beliau telah berusaha untuk menarik hati masyarakat yang berada dalam keadaan krisis ekonomi dan perang saudara. Beliau telah membangunkan pondok-pondik sebagai tempat belajar agama di Leran, Gresik. Pada tahun 1419, beliau telah wafat dan makamnya terletak di Desa Gapura Wetan, Gresik, Jawa Timur.

Thursday, May 6, 2010

Siapa Walisongo atau Walisanga

Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama islam di tanah jawa pada abad ke-7. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat.

Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindi-Buddha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperanan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat para Walisongo ini lebih banyak disebut dibanding yang lain.

Para Walisongo adalah intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Pengaruh mereka terasakan dalam beragam bentuk manifestasi peradaban baru masyarakat Jawa, mulai dari kesihatan, bercocok-tanam, perniagaan, kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, hingga ke pemerintahan.

Wednesday, May 5, 2010